Anak kepada usahawan Dato Seri Vida, iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali dengan nama Cik B, menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-15 hari ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Cik B telah memuatnaik video merajuk apabila orang ramai di dalam rumahnya lupa pada tarikh 19 Mei.
“So, Cik B tanya orang esok hari apa. Nampaknya tiada siapa ingat. Tapi takpe Cik B pun tak ingat birthday diorang. But still…,” tulis Cik B menerusi video tersebut.
Dalam pada itu, Dato Seri Vida juga telah berkongsi video meminta pendapat dan cadangan orang ramai hadiah apa yang perlu diberikan kepada Cik B tahun ini.
Menurut beliau, tahun-tahun terdahulu Cik B telah diberikan hadiah motor, dua buah kereta dan juga sebuah banglo siap dengan perabot.
Malah, ada peminat yang berseloroh mahu menghadiahkan Cik B seorang bapa baharu, sambil mendapat gelak tawa oleh Dato Vida menerusi ruangan komen.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.