Kumpulan K-pop terkenal BTS baru sahaja melancarkan single Inggeris kedua mereka berjudul "Butter" pada Jumaat lalu.
‘Butter’ yang merupakan single kedua berbahasa inggeris mereka telah meraih lebih 200 juta tontonan dalam masa seminggu sahaja.
Lagu unik ini dihasilkan oleh ketua kumpulan, RM dengan kerjasama komposer Jenna Andrews, Robert Grimaldi, Stephen Kirk, Alex Bilowitz, Sebastian Garcia, serta Ketua dan CEO Columbia Records, Ron Perry.
Terdahulu, single bahasa Inggeris pertama BTS “Dynamite” berjaya memperoleh jumlah tontonan sebanyak 101 juta dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan pada 21 Ogos tahun lalu.
BTS yang dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook juga mengharapkan agar karya mereka sentiasa di hati para peminat mereka.
Sumber: HYBE Labels
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.