Kumpulan Kpop popular, BTS sekali lagi melakar sejarah apabila lagu terbaru mereka ‘Butter’ berjaya memperoleh lebih 100 juta tontonan kurang 24 jam lagu itu dilancarkan.
‘Butter’ merupakan lagu bahasa Inggeris kedua selepas lagu ‘Dynamite’ menjadi fenomena seluruh dunia pada tahun lalu.
Kemunculan semula BTS kali ini dinanti-nantikan seluruh peminat mereka yang digelar ‘ARMY’ kerana lagu ini mempunyai elemen yang ‘catchy’ dan seronok untuk didengar semua lapisan umur.
Rata-rata peminat teruja akan video muzik BTS yang sangat memukau terdiri daripada RM, Suga, J-Hope, Jin, Jimin, V dan Jungkook.
“Semuanya lakukan yang terbaik untuk lagu ini, saya akan terus mendengar,” komen salah seorang peminat.
“Tahniah ARMY! BTS tetap dominasi dunia, kena dengar selalu lagu ini,” tulis salah seorang peminat.
Terdahulu, BTS muncul dengan lagu berbahasa Inggeris pertama mereka iaitu ‘Dynamite’ yang kini sudah mencecah lebih 1 bilion tontonan di YouTube.
Peminat boleh menyokong BTS dengan mendengar lagu ‘Butter’ di seluruh platform digital muzik.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.