BTS, kumpulan K-pop popular dunia mendapat penghargaan apabila dijemput oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden di White House pada Selasa.
Mereka dijemput bagi mengadakan pertemuan sebagai salah satu usaha meraih sokongan daripada generasi muda bagi membendung isu anti-Asia.
RM yang merupakan salah seorang anggota BTS sangat berbesar hati dapat menerima jemputan untuk bertemu dengan Biden.
“Ia satu penghormatan apabila dijemput ke White House hari ini (Selasa) bagi membincangkan isu penting jenayah kebencian anti-Asia, penglibatan Asia serta kepelbagaian,” katanya kepada para wartawan.
Malah, Jimin sebagai vokalis utama BTS memaklumkan pertemuan tersebut dapat memberi ruang kepada mereka untuk mewakili suara Asia.
Menurut setiausaha akhbar White House, Karine Jean-Pierre, beliau memaklumkan ketika sidang media bahawa BTS memainkan peranan penting sebagai duta untuk mempromosikan mesej positif dan saling menghormati.
Tambahnya, Biden juga telah mengetuai pendekatan seluruh kerajaan bagu membanteras isu perkauman, xenofobia dan sikap tidak bertoleransi yang dihadapi oleh masyarakat Amerika Asia, Orang Asli Hawaii dan Kepulauan Pasifik.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.