Kumpulan K-Pop popular, BTS dilantik Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in sebagai ‘Utusan Khas Presiden bagi Generasi dan Kebudayaan Masa Depan’ menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan datang.
Baru-baru ini, kumpulan itu mengadakan sesi pertemuan bersama Presiden Jae-in di pejabat dan kediaman rasmi presiden, bangunan utama Blue House di Seoul.
Menurut ciapan di laman Twitter Blue House, Presiden Jae-in berbesar hati untuk melantik kumpulan itu bagi menghadiri sesi Perhimpunan Agung PBB ke-76 di New York pada 20 September ini.
Ia juga selaras sebagai sebahagian daripada tugas mereka bersama presiden kelak.
“Oleh kerana BTS telah menyampaikan mesej keselesaan dan harapan kepada dunia selama bertahun-tahun, penyertaan mereka dalam Perhimpunan Agung PBB akan berfungsi sebagai peluang yang bermakna untuk memperluas komunikasi dengan generasi akan datang di seluruh dunia.
“Ia juga akan menarik minat generasi akan datang mengenai isu-isu antarabangsa utama,” tulis ciapan tersebut.
Perhimpunan Agung PBB pada tahun ini akan menjadi penyertaan BTS buat kali yang ketiga. Presiden Jae-in juga berterima kasih kepada kumpulan sensasi gloval, BTS itu yang mengharumkan nama Korea di mata dunia dengan mempromosikan budaya, muzik, dan keaslian negara.
“Saya sangat bersyukur dan berbesar hati. Lebih-lebih lagi dengan K-pop yang menyatukan semua dan membawa budaya ke peringkat lebih tinggi.
“Ia telah membawa nama Korea ke mata dunia dan lebih tinggi lagi,” katanya.
Sumber: The Blue House Korea
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.