Tular dilaman sosial baru-baru ini apabila cadangan untuk mengecualikan kumpulan Kpop yang berjaya diperingkat dunia daripada menjalani latihan ketenteraan.
Ketika ini, pengecualian tersebut hanya digunapakai kepada mereka yang terlibat dalam bidang sukan, kesenian atau muzik klasik.
Latihan ketenteraan diwajibkan kepada lelaki dewasa di Korea Selatan selama 2 tahun. Cadangan pengecualian ini walaubagaimana pun masih diperingkat cadangan sahaja.
Terdahulu, kumpulan BTS berjaya menempatkan diri dalam carta Billboard 200 buat kali kedua dengan lagu Love Yourself: Answer. Kumpulan ini juga berjaya memecahkan rekod oleh Tailor Swift sebagai debut video muzik terbesar di Youtube. Malah, BTS juga diangkat sebagai kumpulan dari Korea Selatan yang membawa nama Korea serta muzik Kpop sehingga ke peringkat dunia.
Sumber: Independent
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.