Kesemua ahli kumpulan Kpop popular BTS dijangka akan menjalani latihan ketenteraan dalam tempoh yang sama iaitu pada tahun 2022.
Memetik laporan Soompi, BTS dikhabarkan akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Korea Selatan dengan mendaftarkan diri sebelum pertengahan tahun 2022 nanti.
Terdahulu, BTS telah diberikan kelonggaran oleh kerajaan Korea Selatan untuk menangguhkan latihan wajib tersebut kerana berjaya mengharumkan nama negara dalam bidang muzik ke seluruh dunia.
BTS yang dianggotai Jin, Suga, RM, J-Hope, Jimin, V, dan Jungkook menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan sentiasa bersiap-siaga jika perlu memulakan latihan ketenteraan.
Setiap warganegara lelaki Korea Selatan perlu menjalani latihan ketenteraan wajib selama dua tahun setelah mencecah umur 18 tahun dan ke atas.
Menerusi sidang media pelancaran album terbaharu mereka, BE pada tahun lalu, Jin yang merupakan ahli paling tua dalam BTS, menyatakan dia sudah bersedia untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai warganegara.
Menurut syarikat pengurusan BTS, Big Hit Music memberikan maklum balas berkenaan hal tersebut dan tiada sebarang maklumat yang boleh dikongsikan buat masa ini.
Sumber: Soompi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.