Kumpulan Kpop, BTS merupakan antara kumpulan daripada Korea Selatan yang kini menjadi sebutan bukan sahaja dalam negara, malah diserata dunia.
Impian untuk BTS Army menyaksikan kumpulan ini datang ke Malaysia mungkin akan menjadi kenyataan kerana Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes telah mengumumkan kerja keras bersama pihak pengurusan kumpulan.
Dipetik daripada laman Twitter beliau sendiri, Tony berkata bahawa beliau kini sedang berkerja keras bagi merealisasikan impian BTS Army itu.
Walaupun belum ada lagi kata putus tentang tarikh kedatangan kumpulan terbabit, ARMY Malaysia telah melahirkan rasa teruja mereka menerusi komen pada tweet berkenaan.
Terdahulu, BTS juga telah melakar sejarah tersendiri apabila muzik baru mereka bertajuk ‘Boy With Luv’ berjaya meraih tontonan paling banyak dalam masa 24 jam dimuatnaik di laman Youtube.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.