Big Hit Entertainment mengesahkan bahawa syarikat itu telah bergabung sepenuhnya bersama syarikat Source Music Entertainment.
“Kami sudah mencapai persetujuan untuk menggabungkan Source Music bersama Big Hit, dengan Big Hit sebagai ibu syarikat. Walaubagaimana pun, Source Music masih menguruskan dan menentukan langkah terbaik buat artis mereka sendiri,” kata jurucakap agensi Big Hit.
Big Hit Entertainment mengambil langkah tersebut bagi mengembangkan syarikat dengan bergabung bersama syarikat-syarikat kecil sedia ada. Antaranya ialah syarikat Source Music yang menguruskan kumpulan GFriend.
Terdahulu, separuh daripada ahli GFriend pernah menjalani latihan dibawah Big Hit sebelum debut dibawah agensi mereka, Source Music.
Baca artikel penuh di portal Kmania!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.