Kumpulan BTS sekali lagi mencipta sejarah dan rekod oleh Guiness World Records apabila album terbaru mereka iaitu “Map of Soul: Pesona” mencatatkan rekod ‘best-selling album’ di Korea Selatan.
Album yang dilancarkan pada 12 April lalu mencatatkan penjualan domestik 3,399,302 unit sehingga bulan Mei dan memecahkan rekod oleh Kim Gun Mo “Wrongful Meeting” pada tahun 1995 yang terjual sebanyak 3.3 juta unit.
Album BTS “Map of the Soul: Pesona” ini bukan sahaja mecatat rekod dunia sebagai jualan paling banyak malah pernah menduduki carta Billboard 200 dan United Kingdom’s Official Albums Chart, “Most viewed YouTube music video in 24 hours by a K-pop group,” “Most viewed YouTube music video in 24 hours,” “Most Viewed YouTube video in 24 hours”, “Most Twitter engagements (average retweets) for a music group” dan“Most Twitter engagements (average retweets).” Wow!
Sumber : Guiness World Record
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.