Kumpulan K-pop sensasi dunia, BTS akhirnya mempunyai akaun media sosial Instagram peribadi mereka, pada Isnin.
Ahli BTS yang dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, V, Jimin dan Jungkook membuat hantaran pertama mereka secara rasmi semalam.
Malah, kumpulan ini juga hanya menggunakan sebuah akaun media sosial Twitter @BTS_twt atau melalui aplikasi Weverse untuk berinteraksi secara dekat dengan para peminat ARMY.
Sejak akaun media sosial mereka dilancarkan, setiap ahli kumpulan BTS telah meraih lebih 16 juta pengikut di Instagram dan V mendominasi dengan mengumpul lebih 18 juta pengikut.
Menurut syarikat rakaman mereka, Big Hit Music, ketujuh-tujuh ahli kumpulan BTS akan melalui fasa yang berbeza dengan adanya akaun ini sejak 2019 lalu.
“Dengan adanya masa ini, akaun ini akan diterbitkan BTS sendiri dan ia satu peluang untuk mereka mendapat inspirasi dan lebih kuat dengan tenaga yang lebih kreatif.
“Ini juga merupakan pertama kali buat mereka (ada akaun media sosial peribadi) sejak bertapak di industri muzik sejak 2013, dan juga untuk meluangkan masa di musim cuti ini bersama keluarga mereka,” katanya.
Rata-rata warganet dan ARMY turut teruja dengan berita gembira ini dan berharap lebih banyak perkongsian di laman media sosial mereka untuk berinteraksi dan mendekati para peminat seluruh dunia.
Sumber: [1]
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.