Adik kepada pelakon Fasha Sandha, Elisya Sandha mengaku terpaksa menolak banyak tawaran dan urusan kerja supaya dapat memberi tumpuan kepada perkahwinan kakaknya.
“Sebenarnya saya banyak kerja sekarang tapi saya terpaksa tolak banyak benda serta tawaran kerja demi hendak membantu menguruskan perkahwinan Fasha.
“Saya perlu bantu uruskan perkahwinannya kerana saya boleh kata ia agak last minute juga jadi banyak perkara perlu diuruskan,
“Saya sangat gembira untuk Fasha kerana akhirnya dia berjumpa dengan lelaki yang sesuai dan baik untuknya. Saya akui Aidil sangat baik.
“Fasha sebenarnya banyak memberi inspirasi kepada saya dalam kehidupan kerana dia berjaya mencapai kebahagiaannya disamping berjaya dalam kerjayanya,” katanya kepada Gempak.
Selain itu, Fasha Sandha menerusi akaun Instagramnya baru sahaja selesai mengadakan majlis bridal shower bersama beberapa teman dan adik beradiknya hujung minggu lalu di Chakri Palace, Kuala Lumpur.
Sumber: Gempak // Instagram @aqoimran
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.