Akhirnya pelakon Brad Pitt menang kes tuntutan hak jagaan bersama anak dengan bekas isterinya, pelakon Angelina Jolie selepas lima tahun menyelesaikan kes tersebut.
Brad diarahkan Hakim John Ouderkirk untuk lebih meluangkan masa bersama lima anaknya yang masih di bawah usia 18 tahun iaitu, Pax, 17, Zahara, 16, Shiloh, 14, dan pasangan kembar, Vivienne dan Knox, 12.
Namun, Maddox anak sulung pasangan itu yang berusia 19 tahun tidak tertakluk di bawah jagaan mana-mana pihak memandangkan dia sudah mencapai usia dewasa.
Selepas berpisah, pasangan itu sering berbalah mengenai hak penjagaan anak sejak September 2016.
Satu tuntutan difailkan Angelina bagi membantah keputusan yang dibuat oleh Hakim John Ouderkirk.
Tambahnya, Angelina merasakan keputusan itu tidak telus memandangkan Hakim John tidak memanggil kesemua anaknya untuk memberikan keputusan dengan siapa mereka mahu tinggal bersama.
Hakim sebaliknya hanya membuat keputusan berdasarkan keterangan daripada pakar terapi anak-anaknya sahaja.
Terdahulu, Brad dan Angelina mula bercinta pada 2004 selepas digandingkan bersama dalam filem aksi, Mr. and Mrs. Smith.
Sepanjang perkahwinan mereka, Brad dan Angelina mengambil tiga anak angkat iaitu Maddox, Pax dan Zahara manakala tiga lagi merupakan anak kandung pasangan tersebut.
Sumber: Hollywood Life
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.