Kumpulan Bocey yang dianggotai oleh Fad, Achey dan Abam, mengesahkan penyertaan mereka dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018.
Dipetik daripada Gempak, menurut Abam, Bocey pada MLM kali ini adalah untuk asah bakat dan idea mereka untuk bersaing dengan pelawak baru dan senior.
"Kami tiada niat mahu menutup periuk nasi sesiapa pun kerana semua ini bergantung kepada rezeki yang telah ditentukan.
"Mungkin dengan adanya pelawak baru ini akan membuatkan kami lebih berhati-hati kerana idea yang diketengahkan begitu segar.
"Ini merupakan cabaran bagi kami untuk mencari idea-idea lebih segar agar orang tidak bosan dengan lawak yang diketengahkan oleh Bocey.
"Dengan adanya kami mungkin mereka akan melakukan yang terbaik untuk bersaing dengan kelompok pelawak senior," katanya kepada Gempak.
Selain Bocey, MLM 2018 turut disertai oleh Abata, Joras, Kiut, Masin, Abioso, Zero, Chilok, Dany Beler, Hilmy Ashley, Taman, Shiro, Puteh dan 2B.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.