Penyanyi rap kumpulan iKON, Bobby mengumumkan akan berkahwin dan menjadi seorang bapa pada September depan.
Menerusi hantaran di Instagramnya, Bobby mengakui dan mempunyai perasaan serba salah dengan peminatnya biarpun gembira untuk bergelar seorang suami dan bapa.
“Saya sudah berjanji untuk berkahwin dengan seseorang yang saya cintai. Saya juga bakal menjadi seorang bapa pada September depan.
“Saya sangat gembira dengan kehadiran ahli keluarga baharu tapi saya serba salah terhadap peminat yang terkejut dengan berita ini.
“Sepatutnya saya beritahu anda awal tapi saya minta maaf kerana berkongsi perkara ini lambat,” katanya.
Bintang K-pop ini juga memohon maaf kepada peminatnya dan semua ahli kumpulan iKON kerana memaklumkan perkara itu lambat kepada umum.
Namun, Bobby memilih untuk merahsiakan identiti wanita yang bakal dikahwini dan bakal ibu kepada cahaya matanya nanti.
Sumber: Allkpop
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.