Selepas Jennie, Jisoo, Lisa dan Rosé menghabiskan masa selama satu tahun untuk mengerjakan projek solo, mereka akan bersatu semula di atas pentas melalui jelajah dunia 2025, yang diumumkan pada 6 Februari menerusi label mereka.
Walaupun masih belum mendedahkan tarikh atau maklumat jualan tiket, kumpulan itu telah berkongsi sebuah klip video berdurasi 21 saat, yang memaparkan peminat-peminat mereka dalam pelbagai arena dari konsert yang lepas.

Namun begitu,rakaman ringkas itu secara tidak langsung berjaya membuatkan kelab peminat mereka, Blinks meraikan pengumuman gembira tersebut.
Dalam pada itu, pengumuman itu datang dua tahun setelah jelajah Blackpink's Born Pink pada 2023.
Sejak itu, ahli-ahli telah meneruskan aktiviti secara solo, termasuk album Rosé pada Disember 2024, Rosie; Debut lakonan White Lotus Lisa dan album Alter Ego (28 Februari); Album Jennie, Ruby (7 Mac); dan album mini Jisoo, Amortage (14 Februari).

Walaupun begitu, tarikh untuk konsert jelajah dunia pada tahun ini belum lagi dibuka, dan berkemungkinan akan bermula pada akhir tahun ini.
Lokasinya juga belum diketahui, tetapi untuk rujukan lalu, Jelajah Dunia Born Pink 2023 telah mengambil tempat di seluruh Asia, Eropah dan Amerika Utara.
Untuk rekod, Blackpink merupakan kumpulan dari Asia yang pertama yang berjaya menjadi ‘headline’ bagi Coachella pada tahun 2023.

Malah, mereka juga merupakan kumpulan K-Pop wanita pertama yang berjaya memperolehi Spotify’s Billion Club serta menduduki carta tertinggi di Billboard 200.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.