
Foto: Reddit
BLACKPINK sekali lagi membuktikan pengaruh luar biasa mereka dalam industri muzik apabila secara rasmi menjadi artis dengan pencalonan terbanyak di MAMA Awards 2025, mencatat keseluruhan 23 nominasi merangkumi kategori kumpulan dan solo.
Bagi kategori kumpulan, BLACKPINK menerima pencalonan bagi empat kategori utama iaitu Fans’ Choice Female, Best Music Video, Best Dance Performance Female Group serta Song of the Year menerusi lagu JUMP yang menjadi fenomena global tahun ini.
Jisoo turut mencuri tumpuan apabila dicalonkan dalam empat kategori berprestij iaitu Best Female Artist, Best Dance Performance Female Solo, Artist of the Year dan Song of the Year untuk lagu Earthquake.
Jennie pula mendominasi kategori individu dengan tujuh pencalonan bermula dengan Best Female Artist, Best Collaboration, Best Music Video, Best Choreography, Best Dance Performance Female Solo, Artist of the Year serta tiga pencalonan Song of the Year bagi lagu Like JENNIE, Zen dan ExtraL.
Sementara itu, Rosé mengekalkan reputasinya sebagai vokalis unggul apabila menerima enam pencalonan termasuk Best Female Artist, Best Vocal Performance, Best Collaboration, Artist of the Year serta dua kategori Song of the Year untuk lagu APT dan Toxic Till The End.
Dengan jumlah keseluruhan 23 pencalonan, gabungan antara kumpulan dan individu, BLACKPINK secara rasmi muncul sebagai artis dengan dominasi terbesar di MAMA Awards 2025.
Pencapaian ini sekali lagi menegaskan kedudukan BLACKPINK sebagai ikon global yang bukan sahaja berjaya secara kolektif, tetapi juga menyerlah dengan keunikan dan kekuatan masing-masing sebagai artis solo.
Sumber: X
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.