Kumpulan K-pop popular, Blackpink mencatat rekod baharu apabila diumumkan sebagai selebriti paling popular dan berada di tempat pertama di platform YouTube.
Blackpink merangkul tempat pertama yang pernah diduduki Justin Bieber dan berjaya meraih lebih 66.3 juta langganan di YouTube.
Tidak dinafikan, media sosial menjadi salah satu platform yang penting untuk mendekatkan peminat K-pop di seluruh dunia dengan selebriti kegemaran mereka.
Malah, tahun lalu kumpulan sensasi dari Korea Selatan ini melepasi hampir 50 juta langganan menerusi platform media sosial berkenaan.
Blackpink yang dianggotai Jennie, Jisoo, Rosé dan Lisa menjadi fenomena dunia dalam bidang muzik K-pop dan mereka merupakan antara artis paling diikuti peminat menerusi YouTube dengan catatan lebih 10 bilion kali muzik video dan lagu mereka dimainkan para peminat.
Sumber: YouTube Music
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.