Foto: Forbes
Penyanyi antarabangsa, Billie Eilish, mengumumkan penyertaannya dalam konsert Together for Palestine yang dijadualkan berlangsung di OVO Arena Wembley, London pada 17 September 2025.
Langkah itu dilihat sebagai tanda solidariti terhadap Palestin serta keberanian menolak budaya ‘cancel’ selepas beliau secara terbuka mengkritik tindakan tidak berperikemanusiaan Israel.
Konsert berkenaan turut menghimpunkan barisan artis dan pelakon ternama Hollywood, termasuk pemenang Oscar, Cillian Murphy dan Javier Bardem, selain Brian Cox serta Joaquin Phoenix.
“Together for Palestine,” kata Eilish bersama abangnya dalam sebuah video promosi rasmi yang disiarkan menjelang konsert tersebut.
Penyertaan ini adalah kesinambungan daripada pendirian lantang Eilish pada Anugerah Oscar 2024, apabila beliau tampil dengan pin Artists for Ceasefire dan menyifatkan Israel melakukan “jenayah yang dahsyat” terhadap Palestin.
Pelakon Brian Cox pula dalam kenyataannya menegaskan bahawa penganjuran konsert tersebut penting bagi menyampaikan kebenaran serta realiti yang sedang dihadapi rakyat Palestin.
Berdasarkan laporan kemanusiaan, konflik yang berlanjutan sejak tahun lalu telah meragut lebih 65,000 nyawa rakyat Palestin, selain menyebabkan ratusan ribu lagi hidup dalam kebuluran akibat kekangan bantuan dan tindakan ketenteraan Israel.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.