Kumpulan K-Pop sensasi, BIGBANG secara rasminya mengumumkan bakal membuat kemunculan semula pada masa terdekat ini selepas hampir 4 tahun menyepi.
Menurut jurucakap YG Entertainment, pelbagai persiapan telah dilakukan seperti proses rakaman lagu, album dan muzik video sebelum dilancarkan kelak.
Namun, salah seorang ahli BIGBANG, T.O.P dilaporkan meninggalkan YG Entertainment tapi dia tetap akan terlibat dalam aktiviti BIGBANG mengikut keadaan dan kemampuannya.
“TOP mahu mencabarkan dirinya di dalam bidang artis dan keusahawanan,” ujar YG Entertainment mengenai pengunduran T.O.P.
BIGBANG yang dianggotai T.O.P, G-Dragon, Taeyang dan Daesung bakal memberikan sepenuhnya untuk kemunculan kembali ini khas buat semua peminatnya VIP.
Sumber: The Korea Herald
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.