Penyanyi, Justin Bieber menerusi akaun Instagramnya telah berkongsi foto yang membayangkan kehamilan isterinya, Hailey Baldwin.
Menerusi entri di Instagram beliau, terdapat 2 foto pada awalnya yang menunjukkan imej imbasan dan foto isterinya diperiksa oleh doktor.
Peminat rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada pasangan terbabit, sebelum Bieber mengakui ia hanyalah sekadar jenaka prank.
Prank sebegitu dianggap tidak matang oleh peminat dan orang ramai, malah ia juga sensitif bagi sesetengah wanita.
"Ada wanita yang bertarung dengan emosi setiap hari kerana gagal hamil. Tetapi anda memilih untuk mempersendakan subjek ini.
"Saya harap anda dan isteri tidak akan melalui situasi sukar seperti itu," tulis seorang peminat dengan nama pengguna @vicxtrious.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.