Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Bibimbap Kembali Trending Selepas Bon Appétit, Your Majesty – Ini Khasiatnya Untuk Tubuh Badan

ROSTAM, Mohamad Firdaus
01 Oct 2025, 11:28 AM

bibimbap kembali trending selepas bon appétit, your majesty – ini khasiatnya untuk tubuh badanFoto: Instagram

Bibimbap kembali menjadi perhatian selepas ditampilkan dalam drama Korea, Bon Appétit, Your Majesty, sekali gus mengangkat semula populariti hidangan tradisional ini di peringkat global. Hidangan klasik Korea Selatan ini sering digambarkan dalam drama dan rancangan hiburan, malah semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat makanan Asia termasuk di Malaysia.

Gelombang Hallyu yang semakin meluas sejak lebih sedekad lalu bukan sahaja memperkenalkan muzik dan drama Korea, tetapi juga membawa pengaruh besar dalam budaya kulinari. Antara makanan yang menjadi pilihan ramai ialah kimchi, tteokbokki, gimbap, samgyetang, bulgogi, ramyeon dan tidak ketinggalan bibimbap.

Bibimbap yang bermaksud nasi campur lazimnya dihidangkan dalam mangkuk batu panas atau dolsot. Hidangan ini terdiri daripada nasi putih yang dilengkapi pelbagai sayuran seperti tauge, lobak merah, zucchini, telur, serta sumber protein seperti ayam, daging lembu atau tauhu untuk pilihan vegetarian.

Selain tampil dengan warna yang menarik, setiap bahan dalam bibimbap mempunyai nilai nutrisi tersendiri.

5 Kebaikan Bibimbap untuk Kesihatan Anda

Berikut adalah lima manfaat utama yang boleh diperoleh daripada sajian ini.

1.Kandungan Protein yang Tinggi

Ayam, daging lembu dan telur antara bahan utama yang membekalkan protein penting bagi pertumbuhan serta pembaikan tisu badan. Bagi pengamal diet vegan, tauhu atau kacang soya boleh dijadikan alternatif. Kajian turut menunjukkan protein dalam bibimbap membantu rasa kenyang lebih lama.

2.Kaya dengan Nutrisi

Sayuran berwarna-warni dalam hidangan ini membekalkan pelbagai vitamin. Lobak merah kaya dengan Vitamin A yang baik untuk tulang, mata dan kulit, manakala telur memberi Vitamin B2, B12 serta E. Nori atau rumpai laut pula menyediakan serat, asid amino dan vitamin lain yang menyokong kesihatan harian.

3.⁠ ⁠Membantu Menurunkan Berat Badan

Bibimbap rendah lemak dan mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah berbanding banyak sajian barat. Ini bermakna ia dapat mengawal lonjakan gula dalam darah, sekali gus membantu mengekalkan berat badan sihat dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan kardiovaskular.

4.⁠ ⁠Sumber Antioksidan

Sayur-sayuran segar dan sos gochujang yang menjadi penyedap utama bibimbap mengandungi antioksidan yang membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas. Antioksidan ini penting untuk mengekalkan kesihatan sel dan melambatkan kesan penuaan.

5.⁠ ⁠Tinggi Kandungan Serat

Serat dalam sayur-sayuran bibimbap membantu sistem pencernaan, menurunkan kolesterol dan mengawal paras gula dalam darah. Ia juga membuatkan tubuh lebih bertenaga sepanjang hari.

Walaupun secara umumnya bibimbap selamat untuk dimakan, individu yang mempunyai alahan terhadap sesetengah bahan dinasihatkan mendapatkan pandangan pakar kesihatan sebelum menjadikannya menu tetap.

Dengan kepelbagaian rasa, kandungan nutrisi serta pengaruh budaya pop Korea, tidak hairanlah bibimbap terus menjadi pilihan dan kembali trending selepas dipaparkan dalam Bon Appétit, Your Majesty.

Sumber: Research Gate Journal (2023), Journal of Ethnic Food

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us