Penyanyi remaja, Ben Ladin, 17, yang meningkat naik dengan lagu single Hikayat Benladin, menceritakan pengalamannya ketika pertama kali bertemu Malique.
Dipetik daripada Gempak, Ben Ladin mengaku merasa gementar untuk berjumpa dengan Malique ketika proses pembikinan lagu tersebut.
"Terus terang saya katakan, saya sangat gementar ketika pertama kali berjumpa Malique kerana saya amat mengagumi bakat yang dia miliki, tambahan pula saya masih baru dalam bidang nyanyian ini.
"Habis tiga botol air mineral saya minum sebab 'nervous', tapi lama-kelamaan, saya berasa selesa kerana Malique adalah seorang yang sangat profesional, baik dan suka membantu," kata Ben kepada Gempak.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.