Penyanyi yang sedang meningkat naik dengan lagu Hikayat Ben Ladin, Muhammad Benladin Munshi Shaihan, atau lebih dikenali sebagai Ben Ladin, tetap akan menduduki SPM meskipun bersekolah di rumah.
Penyanyi berusia 17 tahun itu berkata, sesi pembelajarannya dipantau oleh guru dan beliau turut menduduki peperiksaan dan ujian sama seperti pelajar lain.
"Saya sekolah di rumah sejak tingkatan satu lagi. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan tahun ini saya akan mengambil SPM.
"Walaupun sekarang sibuk mempromosikan single Hikayat Ben Ladin, saya tidak lupa untuk belajar. Meskipun setiap minggu kelas tidak menentu, saya tetap akan pastikan tidak akan 'skip'.
"Setiap sesi bermula 8 pagi hingga 3 petang membabitkan tiga mata pelajaran. Malah, saya juga diberikan peperiksaan macam pelajar lain. Ia bagi menilai prestasi pelajaran saya. Dari situ saya boleh tahu kelemahan,"
"Kalau sekolah biasa, bimbang nanti ia menyusahkan pihak lain jika kerap ponteng sekolah. Lagi pula, sekolah di rumah waktu lebih fleksibel dan cikgu boleh ikut jadual saya," katanya kepada Harian Metro.
Good luck Ben Ladin dan calon-calon SPM yang lain!
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.