Pelakon meningkat naik, Bella Dowanna baru sahaja peroleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu lalu.

Memetik laporan Mstar, Bella memilih untuk tidak berkongsi keputusan SPM miliknya atas sebab tertentu.
Pelakon ini hanya mengatakan dia lulus semua lapan mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan tersebut.

Biarpun baru berusia 18 tahun, dia mahu meneruskan dalam bidang pengajian tinggi dan berhasrat mengambil jurusan perniagaan tetapi bukan masa sekarang.
“Alhamdulillah, keputusan SPM saya okey. Saya dapat A dan paling penting tak ada pun yang gagal kalau boleh memang saya tak nak kongsi keputusan itu.
“Dengan kawan-kawan pun saya segan nak kongsikan. Insya-Allah saya memang nak seimbangkan berlakon dengan belajar,” katanya.

Bellah turut mengakui sedikit tertekan untuk mengulangkaji pelajaran menjelang peperiksaan SPM atas kesibukan kerja dan penggambaran drama yang padat.
“Kebetulan masa saya jalani penggambaran drama itu, saya tengah nak ambil SPM juga. Memang mencabar untuk belajar dan pada masa sama kena pergi shooting juga,” katanya.
Bella bagaimanapun tetap bersyukur dengan keputusan yang diperolehnya dan akan berusaha lebih keras dalam karier serta pelajarannya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.