Pelakon, Bella Dally dilaporkan telah ditahan polis selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana berbasikal merentas negeri.
Memetik laporan dari Kosmo!, pemilik nama sebenar Nabilah Ali Dally, 29, ditahan bagi membantu siasatan tindakannya mengayuh basikal ke Genting Sempah, Bentong di Pahang pada Ahad lalu.
Menurut laporan, beliau bersama seorang lagi rakannya bergerak dari kediaman masing-masing di Dutamas, menghala ke sebiah restoran yang terletak berhampiran Hospital Orang Asli, Gombak.
Mereka meletakkan kenderaan disana, sebelum berbasikal melalui Jalan Gombak Lama ke Genting Sempah dan berpatah balik ke kenderaan.
Menerusi gambar itu, Bella menulis kapsyen: “Wohoo Genting Sempah with @diyanabanana”. Bagaimanapun tinjauan dilaman Instagramnya mendapati beliau sudah memadamkan foto berkenaan.
Tindakan pelakon ini juga mendapat kecaman ramai yang mempersoalkan tindakannya merentasi negeri ketika pelaksanaan PKPB sedang dilaksanakan.
Sumber: Kosmo! , Instagram Bella Dally
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.