
Penyanyi, Bella Astillah atau nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, telah memuat naik satu video sedang menangis dalam sebuah babak yang dia lakonkan.
Video berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai termasuklah pelakon, Puteri Sarah Liyana, 39, yang juga merupakan sahabat baiknya.
Pada ruangan kapsyen, Bella telah menyebutkan nama Puteri Sarah seolah-olah ingin menyatakan bahawa video tersebut ditujukan kepada sahabatnya itu.
“Awak guna eyemo ke air mata original?”, usik Puteri Sarah pada ruangan komen hantaran tersebut.
Susulan perkongsian berkenaan, orang ramai telah membuat andaian bahawa bekas isteri Aliff Aziz itu sengaja ingin menyindir Ruhainies.
Terdahulu, Ruhainies mengaku tidak pandai berlakon menangis di hadapan kamera ketika ditemui oleh wartawan di mahkamah pada 3 Julai yang lalu.
Sumber: Instagram Bella Astillah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.