Bekas pemain England, David Beckham dan penyanyi, Ed Sheeran dilihat hadir ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan England dalam perlawanan Euro 2020, pada Selasa.
Penonton juga melihat gelagat mereka berdua sambil berbual mesra di Royal Box, Stadium Wembley.
Malah, selebriti itu juga terhibur dan ketawa berdekah-dekah selepas England berjaya mengalahkan Jerman dengan 2-0.
Perbualan hangat warganet diperkatakan di laman media sosial apabila aksi mereka berdua ketika menonton perlawanan itu dirakam lensa kamera.
Beckham hadir bersama anak lelakinya Romeo dengan mengenakan sut formal manakala Ed Sheeran ditemani isteri, Cherry Seaborn dan memakai t-shirt vintaj England.
Sumber: Metro.co.uk
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.