Penyanyi, Ayu Damit sebak apabila menerima berita duka, bapanya Damit Osiri telah meninggal dunia.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Ayu berkongsi kepada semua pengikutnya Allahyarham telah pulang ke Rahmatullah dan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya.
“Pada hari Jumaat yang mulia ini bapa telah pergi buat selamanya, Semoga bapa ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman,” katanya.
Penyanyi itu dilaporkan berada di lapanganterbang untuk pulang ke kampung halamannya di Sabah.
Malah, dia juga bersyukur dan berterima kasih atas sokongan serta doa yang diberikan kepada arwah bapanya.
Rata-rata rakan artis dan warganet turut mengirimkan kata-kata semangat dan doa di ruangan komen atas kehilangan bapa tercinta.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.