Umum sudah sedia maklum mengenai hubungan dua pelakon, Intan Ladyana, 38, bersama pasangannya, Harris Alif, 21, yang bakal bernikah pada 6 Februari hadapan.
Meskipun mempunyai jarak usia 17 tahun, pasangan ini sudahpun menerima restu dari keluarga dan bakal disatukan di sebuah masjid di Kuala Lumpur awal bulan hadapan.
Menghitung hari menuju hari bahagia, Intan dan Harris telah berkongsi video mereka bermain ‘The Wedding Shoe Game’, dimana setiap dari mereka perlu menjawab berdasarkan soalan yang diberikan.
Antara soalan yang menarik perhatian adalah seperti siapa yang mula cakap I love you, siapa yang lebih handal berlakon, siapa yang kuat merajuk, siapa yang pandai memujuk dan banyak lagi.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata peminat gembira menyaksikan keserasian pasangan ini, sambil memuji Harris lebih matang berbanding usianya yang kini baru mencecah 21 tahun.
Sumber: Youtube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.