Pelakon, Remy Ishak dilaporkan telah putus tunang bersama Ezza Yusof beberapa bulan lalu.
Baca: Remy Ishak Mengaku Putus Tunang Bulan Lepas, Belum Ada Kemampuan
Sejak itu, timbul gosip mengatakan bahawa Remy mulai rapat bersama dengan seorang model, namun Remy mendakwa mereka hanya sekadar kawan.
Dipetik dari Rotikaya, Remy memberitahu bahawa beliau sudah memilih tarikh 20 Februari tahun depan bagi melangsungkan perkahwinan.
“Kalau sudah ada calon, esok juga saya nak kahwin. Saya memang nak kahwin, tapi apakan daya jodoh tak sampai lagi.
“Cuma tarikh saja yang sudah ada iaitu 20 Februari tahun depan. Jadi, saya mempunyai masa beberapa bulan lagi untuk mencapai misi itu.
“Orang cakap saya terlalu memilih, tapi dalam soal perkahwinan memang kena pilih.Kita nak berkahwin untuk tempoh yang lama dan kalau boleh kekal selamanya. Bukan nak sekejap saja. Saya tak nak selepas beberapa tahun berkahwin timbul masalah.
“Menjadi isteri saya memang susah. Pertama, kena buang rasa cemburu. Kalau sudah cemburu, tidak akan ada yang positif. Dari situ akan wujud sikap mengongkong. Saya pula nak bergerak dan membawa keluarga ke arah bahagia dan berjaya. Kalau itu berlaku ia akan menjadi susah.
“Saya berada dalam bidang hiburan dan mempunyai ramai peminat wanita. Selepas ini perkara yang tak ada apa, dijadikan masalah pula. Saya tak mahu semua ini.
“Jika saya cuba kawal sekali pun, susah. Cemburu dengan perempuan ibarat irama dan lagu. Takkan saya nak berhenti berlakon? Kalau berhenti sekali pun, perkara sama tetap terjadi,” katanya.
Jadi ada tak gadis yang tak cemburu luar sana?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.