Pelakon terkenal dari Indonesia, Baim Wong baru-baru ini telah diserbu peminatnya ketika melakukan kunjungan ke Dusun Degaran, Karangdowo Klaten, Indonesia.

Menerusi laporan dari media tempatan, kunjungan Baim itu telah menarik perhatian ramai sehinggakan pihak berkuasa harus mengawal keselamatan kerana bimbang akan penularan wabak COVID-19.

"Sambutan orang Klaten terhadap kedatangan Baim sangat luar biasa, dia telah diserbu oleh peminatnya.
"Perkara itu telah membuatkan pihak berkuasa turun untuk mengawal keadaan, kerana wabak COVID-19 masih menular, begitulah keadaan artis bertaraf idola di negara ini," kata seorang individu yang dikenali sebagai Tomblo Gelo.
Insiden ini nyata mengundang rasa kurang senang netizen yang menyifatkan mereka yang mengurumun Baim itu tidak sensitif terhadap penularan wabak COVID-19 ketika ini.
Sumber: Detik.com / YouTube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.