Penyanyi, Nor Ashima binti Ramli atau lebih dikenali dengan nama Baby Shima mendedahkan ada menerima mesej pesanan lucah daripada seorang individu yang tidak dikenali di laman Instagramnya.
Penyanyi berusia 28 tahun itu bagaimanapun tidak melatah sebaliknya membuat laporan kepada pihak berkuasa atas Akta Komunikasi dan Multimedia.
Menurut Baby Shima, ini bukanlah kejadian pertama kali seumpamanya terjadi dan kecewa kerana masih ada individu bersikap sedemikian.
Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan pensabitan.
Sumber: Instagram Baby Shima
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.