Baru-baru ini tersebar sekeping gambar Fazura yang kelihatan seolah-olah sedang hamil. Pelakon yang juga merupakan isteri kepada Fattah Amin ini menafikan perkara tersebut dan menyatakan itu adalah disebabkan oleh potongan baju serta biasan kain daripada pakaian yang dipakai.
“Ia bukan ‘baby bump’, sebaliknya hanya biasan kain yang saya pakai. Mungkin rekaan dan material yang digunakan menampakkan seolah-olah saya sedang hamil” Kata Fazura pada Berita Harian Online.
Sebelum ni pun, dah kecoh seketika di media social apabila Fazura berkata dia mengidam sesuatu dan kelihatan makan dalam kuantiti yang banyak. Tapi, penyanyi dan pelakon itu tetap menafikan perkara tersebut.
Apa-apa pun kita mendoakan yang terbaik buat pasangan Fazura dan Fattah Amin. Ramai peminat dah tak sabar untuk melihat FattZura junior.
Sumber: BH Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.