Selebriti, Azwan Ali telah mengaku bersalah memuatnaik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19.
Akibat daripada itu, beliau didenda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini, dan sekiranya gagal membayar denda, beliau akan menjalani hukuman penjara enam bulan.
Terdahulu, Azwan Ali yang hadir ke mahkamah dengan pakaian serba hitam, menggunakan laman Youtube miliknya didakwa secara sedar membuat penghantaran dengan niat menyakitkan hati orang yang juga ditonton di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, 24 Mac lalu.
Tindakan itu kemudiannya dilaporkan oleh pihak hospital di Balai Polis Presint 7, Putrajaya pada 25 Mac lalu.
Ekoran daripada itu, Azwan didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, sabit kesalahan boleh penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya.
Menerusi peguam bela, Azwan juga telah memohon rayuan agar meringankan hukuman dengan alasan ia adalah kesalahan pertama kalinya, selain juga telah memohon maaf menerusi semua akaun media sosial miliknya. Namun, permohonan maaf ini dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya dan memohon hukuman setimpal dengan situasi sekarang di mana semua harus belajar menghormati mereka yang bekerja di barisan hadapan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.