Dato Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai “Pocket Rocket Man” mewakili Malaysia di kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa ( UCI ) di Adelaide, Australia menarik diri atas factor kesihatan.
Beliau terpaksa menarik diri daripada perlumbaan penentuan pingat gangsa dalam acara pecut individu di Adelaide Super-Drome semalam.
"Dukacita saya mengumumkan bahawa saya terpaksa menarik diri daripada perlumbaan pingat gangsa acara pecut individu kerana mengalami gejala perikarditis selepas perlumbaan separuh akhir."

"Saya bertemu dengan doktor dan dinasihatkan menarik diri daripada perlumbaan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada memberi tekanan kepada jantung saya," kata Azizulhasni menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.
Walau bagaimanapun, beliau tetap berpuas hati dengan prestasi keseluruhannya pada kejohanan kali ini yang Berjaya merangkul pingat emas dalam acara keirin semalam. Pengarah Teknikal skuad berbasikal negara, John Beasley sebelum ini mendedahkan yang penyertaan Azizulhasni di Adelaide akan dipantau rapi selepas dia perlu mengambil ubat perikarditis - ubatan yang berkaitan dengan jantungnya sejak beberapa minggu lalu.
Pada April 2022, Azizulhasni terpaksa menjalani pembedahan jantung terbuka susulan disahkan mengalami masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne.
Sementara itu, seorang lagi pelumba lelaki negara, Shah Firdaus Sahrom terkandas di pusingan kelayakan dan gagal mara ke pusingan pertama apabila mencatat masa ke-32 terpantas (10.150s) daripada 37 pelumba.
Dua pelumba wanita negara pula, Anis Amira Rosidi dan Nurul Izzah Izzati Asri sekadar menamatkan saingan keirin di pusingan repechage.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.