
Foto: Instagram
Percintaan selama 12 tahun antara pelakon Azira Shafinaz dan teman lelakinya berakhir dengan perpisahan, apabila mereka sepakat untuk membawa haluan masing-masing sejak tahun lalu.
Azira, atau nama sebenar Azira Shafinaz Ramlan, 34, bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai punca perpisahan itu, sebaliknya menganggap bahawa sudah tiada lagi keserasian di antara mereka.
“Nak buat macam mana, jodoh tak panjang. Tapi saya bersyukur dengan perjalanan hidup saya dan berharap untuk jodoh yang lebih baik. Mana tahu, tahun depan saya berkahwin?

Foto: Instagram
“Banyak yang saya pelajari daripada hubungan ini, tapi biarlah saya sahaja yang tahu. Mungkin, bercinta terlalu lama menyebabkan kami sudah tiada keserasian atau ‘spark’ lagi.
“Saya percaya pada jodoh. Kalau ada, mungkin saya akan bersama orang itu,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa Astro Shaw bersama anak-anak yatim di Bukit Jalil, pada petang Ahad.
Azira turut menyatakan bahawa kali ini, dia lebih tenang menghadapi perpisahan tersebut memandangkan ia bukan kali pertama berlaku.
Menurut Azira, dia juga tidak pasti sama ada sudah sepenuhnya ‘move on’, tetapi kini lebih menumpukan perhatian kepada kesihatan mentalnya.
“Putus berkali-kali, sudah pasti perpisahan pertama itu paling sakit… Lama kelamaan ia menjadi lebih mudah, cuma kali ini saya lebih tenang.
“Tak pasti kalau saya sudah sepenuhnya ‘move on’, tetapi saya sudah tidak terlalu memikirkannya.
“Sekarang, saya lebih fokus menjaga mental saya kerana itu lebih penting,” katanya lagi.
Sumber: MStar Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.