Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat membuat kejutan kepada suaminya Nabil Mahir tentang kehamilannya.
Menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya, Ayda menunjukkan alat ujian kehamilan kepada suaminya yang tertera keputusan positif.
Nabil yang terkejut dengan pengumuman itu amat teruja lalu terus memeluk isterinya yang sedang hamil empat bulan itu.
Khabar gembira itu dikongsi Ayda kepada para peminatnya dan mereka memohon doa semua agar kandungannya sihat dan proses kehamilannya berjalan lancar.
“Assalamualaikum, Bismillah. Insya-Allah our junior is coming. Doakan yang indah indah buat kami,” kata Ayda di laman sosialnya.
Pelantun lagu Parah Parah itu dijangka bakal melahirkan bayi sulungnya itu pada Oktober depan.
Terdahulu, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Semoga semuanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan urusan kedua-dua pasangan ini.
Tahniah!
Sumber: Instagram Ayda Jebat
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.