Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat menjawab dakwaan peminat kononnya beliau tinggal serumah bersama tunangnya, Nabil Mahir.
Menurut pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat, 28, tujuan beliau berada dirumah Nabil adalah bagi berbincang hal perkahwinan mereka bersama ahli keluarga.
“Meeting (mesyuarat) untuk wedding (perkahwinan) dan kerja dekat rumah dia. Ada mak, ayah, nenek, kakak, abang, orang gaji dan ramai lagi. Nak keluar pun nak ke mana?
“Saya tidak pernah tidur rumah bakal mentua. Saya suka datang sebab boleh belajar solat jemaah dan lain-lain. Belajar apa yang tidak pandai. Saya tinggal seorang diri di Kuala Lumpur. Jadi keluarga dia, keluarga saya juga,” tambahnya.
Spekulasi mula timbul selepas mereka sering dilihat melakukan aktiviti bersama, seperti yang dikongsikan menerusi laman Instagram mereka.
Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mengikat tali pertunangannya pada 28 April lalu dan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Sumber: Kosmo!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.