Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Ayda Jebat Dah Ready Nak Jadi Isteri, ‘‘Saya Pun Tak Pasti Apa Bakal Dilalui Lepas Ini..’’

Beliau dan pasangannya, Nabil Mahir akan dinikahkan pada 1 Januari depan.
Editor
28 Dec 2020, 10:39 AM

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat bakal menjadi seorang isteri kepada pengacara, Nabil Mahir, kurang daripada tempoh seminggu.

ayda jebat dah ready nak jadi isteri, ‘‘saya pun tak pasti apa bakal dilalui lepas ini..’’

Mengakui berdebar menantikan detik bahagia, Ayda memberitahu beliau sudahpun bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri pada usianya 29 tahun.

Menurutnya, segala persiapan majlis pernikahan juga sudah diatur dengan baik, dan mengakui sudah bersedia bergelar isteri tanpa rasa ragu-ragu.

"Saya akui sudah bersedia bergelar isteri dan tidak pernah terbit rasa ragu-ragu dengan keputusan ini. Nak cakap fasal bersedia atau tidak, saya kena juga bersedia.

"Saya pun tak pasti apakah yang bakal dilalui selepas bergelar isteri. Saya tak pernah ada pengalaman itu cuma mengharapkan perkahwinan yang dibina berjalan dengan baik dan dipermudahkan.

"Kalau ada perkara yang kami buat salah, kami cuma harap keluarga kedua-dua belah dapat menegur supaya kami menjadi pasangan suami isteri yang terbaik di mata semua," katanya.

ayda jebat dah ready nak jadi isteri, ‘‘saya pun tak pasti apa bakal dilalui lepas ini..’’

Majlis pernikahan yang dijadualkan berlangsung pada 1 Januari 2021, juga akan diadakan secara sederhana, tambahan pula dengan keadaan COVID-19 sekarang ini.

Katanya lagi, apa yang penting adalah perkara wajib terlebih dahulu iaitu majlis akad nikah dapat disempurnakan dengan baik.

Majlis resepsi pula dijangka dibuat pada bulan Februari, namun katanya beberapa lokasi yang dicari sudahpun penuh ditempah pasangan lain.

Sumber: [1]

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}