Penyanyi dan pelakon, Adya Jebat bersama tunangnya, Nabil Mahir, akhirnya telah mengumumkan tarikh pernikahan mereka.
Memilih tarikh 1 Januari 2021, Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 28, mengumumkan tarik itu menerusi video di saluran YouTube mereka bersama iaitu Wuvv Show.
Menurut Ayda, beliau dan Nabil ada alasan tersendiri memilih tarikh tersebut untuk melangsungkan pernikahan.
“Alasan ini agak kelakar sebenarnya. Ada beberapa tarikh yang dibincangkan seperti 20 Disember, bulan ini (November) pun ada dalam senarai, tetapi kami sepakat memilih 1 Januari kerana saya sukar untuk mengingati tarikh.
“Sejujurnya, saya seorang yang mudah lupa lebih-lebih lagi melibatkan nombor. Maka, tarikh tahun baharu ini dirasakan paling senang untuk diingati,” katanya.
Selain itu, 1 Januari juga adalah hari cuti umum, jadi mudah untuk mereka sekeluarga meraikannya bersama selepas ini.
Ditanya soal persiapan, ujar Nabil kepada Kosmo mereka sudahpun 80 peratus siap dan akan bernikah pada pagi 1 Januari 2021 dan majlis resepsi pada sebelah malamnya.
Meskipun beliau merasa khuatir jika ia masih lagi dalam tempoh PKPB dilaksanakan, tarikh tersebut masih berjalan seperti yang dirancang mereka.
Sumber: YouTube / Kosmo!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.