Pelakon, Reen Rahim memanfaatkan waktu bersama keluarga sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan aktiviti yang cukup bermanfaat.
Menerusi laman Instagram, Reen dilihat mengambil peluang ini untuk bersama-sama ibu dan bapanya membaca Al-Quran.
Apa yang menariknya, gelagat bersahaja Reen yang dilihat takut-takut mengaji sambil bacaannya disemak oleh ibunya yang disifatkan tegas.
Bukan itu sahaja, kelihatan bapa Reen berdiri dibelakangnya sambil memegang hanger, membuatkan ramai pengikut Reen di Instagram mengimbau memori semasa kecil.
“Korang jangan kasar macam aku tau, sebab aku memang lanun sikit kat rumah,” tulis Reen menerusi paparan video berkenaan.
Rata-rata warganet yang menonton video berkenaan dilihat turut mengimbas memori hampir serupa bersama ibu dan ayah masing-masing.
Sekadar info, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin binti Abdul Rahim, merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik, dilahirkan di Klang, Selangor.
Sumber: Instagram Reen Rahim
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.