Datuk Awie mendedahkan beliau mengalami gangguan misteri sehingga terkena penyakit busung.

Beliau juga terpaksa berulang-alik ke Indonesia untuk menjalani rawatan selepas doktor mengesahkan beliau tidak mempunyai sebarang penyakit.
“Saya sendiri pelik apabila tiba-tiba jatuh sakit selepas pulang daripada mengerjakan umrah pada tahun lalu.
"Perut saya tiba-tiba membusung dan saya ada menjalani hospital kerana ia terlalu sakit.
“Pada masa itu, saya reda apabila doktor memberitahu saya disyaki menghidap kanser usus.
"Bagaimanapun selepas ujian klinikal kedua, selepas sampel dihantar ke makmal perubatan di Melbourne, Australia, doktor kata tiada tanda kanser pada bahagian tersebut.
“Selain busung ada lagi perkara mistik berlaku dan itu yang menyebabkan saya mengambil keputusan bertemu beberapa pengamal perubatan di utara dan selatan tanah air, termasuk Indonesia,” katanya.
Beliau juga mendedahkan sering diuji dengan masalah kesihatan dan penyakit setiap kali mahu mengadakan konsert berskala besar.

Bagaimanapun dia berdoa semoga kesihatannya baik untuk mengadakan konsert sempena ulang tahun ke-25 pembabitannya sebagai artis solo, pada Februari tahun depan.
Semoga beroleh kesihatan yang baik buat Datuk Awie!
Sumber: Gempak / Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.