
Foto Hiasan
Silent burnout atau keletihan emosi secara senyap merupakan keadaan keletihan mental dan emosi yang berkembang secara perlahan dan sering kali tidak disedari. Berbeza dengan burnout biasa yang menunjukkan gejala ketara seperti tekanan melampau atau kemarahan, silent burnout lebih halus dan tersembunyi,menjadikannya lebih sukar dikenali, tetapi tetap memberi kesan serius kepada kesihatan mental dan fizikal.
Jom tengok beberapa tanda awal silent burnout yang perlu diberi perhatian:
1. Kehilangan Semangat Secara Perlahan
Anda mula berasa kurang bersemangat terhadap perkara yang sebelum ini menggembirakan. Kerja, hobi, atau pergaulan sosial menjadi kurang bermakna. Anda tidak pasti kenapa, tapi semuanya rasa hambar.
2. Sentiasa Letih Walaupun Sudah Berehat
Tubuh dan minda terasa lesu sepanjang masa, walaupun tidur cukup atau telah bercuti. Ini mungkin petanda bahawa emosi anda sedang mengalami tekanan yang tersembunyi.
3. Menjauhkan Diri dari Orang Sekeliling
Anda mula menjauh dari rakan, keluarga, atau aktiviti sosial tanpa sebab yang jelas. Bukan kerana marah, cuma tidak ada tenaga untuk berinteraksi.
4. Prestasi Kerja Merosot
Anda mula susah fokus, kerap terlupa perkara penting, atau mengambil masa yang lebih lama untuk menyelesaikan tugasan. Ini bukan kerana anda tidak mampu, tetapi motivasi dan tenaga dalaman semakin berkurangan.
5. Perasaan Kosong atau Mati Rasa
Anda tidak rasa sedih, tetapi juga tidak gembira. Emosi terasa kosong, seperti tidak benar-benar hidup dalam saat yang dilalui.
Tapi, kenapa silent burnout ni bahaya?
Disebabkan ia berlaku secara senyap, ramai yang hanya sedar bila ia telah memberi kesan yang besar seperti kemurungan, gangguan kebimbangan, atau kerosakan hubungan peribadi dan pekerjaan.
Okay, macam mana kita nak atasi silent burnout?
• Kenali tanda-tanda awal dan akui perasaan anda
• Ambil masa untuk berehat dan lakukan perkara yang menenangkan
• Bercakap dengan seseorang yang dipercayai atau dapatkan bantuan profesional
• Letakkan sempadan yang jelas antara kerja dan kehidupan peribadi
Silent burnout boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuk mereka yang kelihatan ok di luar. Mengambil langkah awal untuk mengenal pasti dan menanganinya adalah kunci untuk menjaga kesihatan emosi dan mental dalam jangka panjang.
Jika anda mula merasakan tanda-tanda ini, jangan abaikan. Kita berhak untuk berehat dan healing.
Sumber: X (@ameraizzati_)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.