Filem Avengers akan membuat kemunculan semula pada tahun depan dan rata-rata peminat filem adiwira ini tidak sabar menantikan sambungan kepada Avengers 3 yang akan sekali lagi berhadapan dengan Thanos.
Namun terdapat ura-ura bahawa kostum bagi adiwira ini akan ditukar pada Avengers 4 nanti.
Persoalan ini timbul selepas seorang lelaki memuatnaik gambar bungkusan mainan Avengers keluaran Hasbro. Dalam gambar itu, Thor dan Rocket Racoon telah memakai kostum baru berwarna perak-putih dan tertulis huruf A pada dada.

Thor turut dilihat memegang senjata baru, dipercayai untuk bertarung dengan Thanos nanti.

Selain itu, Captain Amerika juga dilihat memakai kostum baru yang berbeza dengan sebelumnya.
Sejauh mana kebenaran kostum ini masih belum terjawab. Sama-sama kita nantikan Avengers 4 tahun hadapan ok!
Sumber: Screenrush
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.