Foto: Instagram
Pelakon Atikah Suhaime, yang pertama kali bergelar ibu, mengakui timbulnya rasa cemburu apabila anak sulungnya, Lyla Mulan Teh, lebih selesa dengan pengasuh berbanding dirinya.
Dalam satu perkongsian di TikTok, wanita berusia 34 tahun itu meluahkan perasaan sedihnya kerana tidak mampu menenangkan anaknya yang meragam, berbeza dengan apabila anaknya dijaga oleh pengasuh yang tidak menunjukkan sebarang masalah.
“Ada tak ibu-ibu yang rasa macam saya lepas bersalin? Saya rasa dah lama tak update sebab terlalu banyak perasaan yang datang, dan salah satunya agak merepek.
“Saya rasa Mulan lebih selesa dengan pengasuh daripada saya. Bila dengan pengasuh, dia okay. Tapi bila saya jaga, mula lah menangis, jerit,” tulisnya.
Atikah turut mengakui perasaan sedihnya semakin bertambah setiap kali suaminya, Lokman Teh, meminta pembantu rumah untuk menjaga Mulan apabila anaknya menangis atau menjerit.
Situasi ini membuatkan Atikah rasa terpinggir dan seolah-olah keseorangan dalam menguruskan anak mereka, walhal dia sangat memerlukan sokongan dan perhatian daripada suami.

Foto: Instagram
“Lagi sedih, setiap kali Mulan jerit, suami saya akan suruh panggil pembantu yang uruskan,” tambah Atikah.
Sementara itu, Atikah turut berkongsi perubahan besar dalam dirinya selepas melahirkan Mulan.
Sebelum ini, dia seorang yang sentiasa positif dan ceria, namun selepas bersalin, dia merasakan tekanan yang sangat besar dan sering dibelenggu perasaan sedih serta keletihan yang sukar dijelaskan.
Untuk makluman, Atikah berkahwin dengan Lokman pada Januari tahun lalu dan terbuka berkongsi berita kehamilannya kepada umum pada September 2024.
Sumber: TikTok Atikah Suhaime
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.