Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Asyraf Nasir Jadikan Inspirasi Peribahasa Melayu Hasilkan Lagu ‘2PAI’, Ambil Masa Sebulan Siapkan Lagu Di Rumah

‘2PAI’ buah tangan terbaharu Asyraf Nasir!
Muhammad Izwan Zainal
29 Nov 2021, 03:00 PM

Penyanyi rap, Asyraf Nasir mencuri tumpuan peminat muzik hip hop tanah air dengan pelbagai hasil karyanya di industri muzik.

Malah, namanya kian disebut para peminat setelah menjuarai pertandingan pencarian bakat hip hop, Rap Star ERA pada tahun 2020.

asyraf nasir jadikan inspirasi peribahasa melayu hasilkan lagu ‘2pai’, ambil masa sebulan siapkan lagu di rumah

Kini, Asyraf kembali dengan ‘buah tangan’ terbaharu berjudul 2PAI yang diinspirasikan oleh peribahasa ‘setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’.

Malah, lagu ini juga dicipta dan tulis olehnya sendiri dengan berkisahkan tentang sifat manusia yang boleh menjadi angkuh apabila mereka memperolehi segalanya sehingga ada individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai ke puncak tanpa mempedulikan isu moral dan kebaikan.   

Pelbagai pesanan dan nasihat yang mendalam ada dibawakan melalui lagu 2PAI serta peringatan juga buat manusia yang mudah leka ketika beroleh kejayaan.

Menariknya, penyanyi rap ini hanya mengambil masa  sebulan untuk  disiapkan secara keseluruhan dan dirakamkan di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan ketika lagu ini disiapkan.

“Biarpun penulisan lagu mengambil  masa  lebih  kurang dua hari, persiapan  jalan  ceritanya  yang memakan  masa. Dari  segi  komposisi  lagu,  saya  bekerjasama  dengan  Wolfy  secara  virtual.  Lagu  ini disiapkan  pada  tahun  2020,  ketika  zaman PKP,  jadi  kami  terpaksa  membuat  panggilan  video  untuk bincangkan susunan lagu.

“Saya sebenarnya memang  berniat nak rakam dalam studio,  tetapi setelah membuat rakaman buat kali ke 3 dan 4 di rumah sendiri, saya rasa hasilnya tak sama seperti kali pertama saya rakam di rumah. Jadi semua vokal yang anda dengar ni adalah rakaman suara yang pertamasaya lakukan di rumah,” katanya.

Video muzik 2PAI juga mendapat sentuhan arahan Thaqif Saadon yang juga pengarah video muzik lagu ‘Tak Sangka’.

Ia juga memaparkan senario dua orang yang bekerjasama namun menemui konflik sepanjang bekerja dalam video muzik tersebut dan turut dibintangi YonnyBoii untuk memainkan salah satu watak tersebut.

“Biarpun video muzik dirakam dalam masa satu hari, tetapi persiapan penuh mengambil masa sebulan sebelum kami akhirnya dapat  berada  di  lokasi  bersama kru  terlibat  diset.  Semua  orang  akan  lihat karakter saya yang berbeza daripada yang biasa sebab konsepnya seperti filem aksi,” ujarnya lagi.

Para peminat boleh strim lagu 2PAI di semua platform penstriman muzik dan video muzik boleh ditonton di saluran YouTube ASYRAF NASIR VEVO.

asyraf nasir jadikan inspirasi peribahasa melayu hasilkan lagu ‘2pai’, ambil masa sebulan siapkan lagu di rumah

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}