Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Barisan Drama Epik Ke Program Kerohanian: Astro Janjikan Ramadan 2026 Paling Meriah Dalam Sejarah!

IDRUS, Husna Najwa
04 Feb 2026, 10:32 AM

barisan drama epik ke program kerohanian: astro janjikan ramadan 2026 paling meriah dalam sejarah!

Ramadan kali ini bakal lebih meriah apabila Astro tampil dengan kempen istimewa bertema ‘Bersama Lagi Jadi’, membawa lebih 60 kandungan segar merangkumi drama, program kerohanian, hiburan keluarga serta aktiviti komuniti di pelbagai platform televisyen, digital dan radio.

Sebagai pembuka tirai, program jelajah popular ‘Assalamualaikum’ akan bertemu peminat di Masjid Seberang Takir, Kuala Terengganu pada 7 Februari 2026 dengan pelbagai aktiviti santai bersama masyarakat setempat. Kempen tahun ini turut diserikan barisan duta terkenal seperti Zizan Razak, ALPHA, Sharifah Shahira dan Auddra yang bakal menyampaikan mesej positif sepanjang Ramadan dan Syawal.

Menurut Naib Presiden Melayu, Antarabangsa, Kanak-kanak & On Demand Astro, Azlin Reza Azmi, tema tahun ini menekankan keindahan meraikan detik Ramadan bersama insan tersayang daripada ibadah, tontonan drama hinggalah program variasi yang menyatukan seisi keluarga.

barisan drama epik ke program kerohanian: astro janjikan ramadan 2026 paling meriah dalam sejarah!

Astro Oasis menghidangkan program Islamik baharu seperti ‘Home Of Ramadan’ siaran langsung tiga jam setiap hari bekerja, serta ‘Halaqah Nunha’ bersama Ustaz Haris Ismail dan Neelofa. Kolaborasi unik ‘MeleTOP Moreh x Tazkirah Malam Jumaat’ pula menjanjikan hiburan berilmiah dari Terengganu.

Peminat drama tidak ketinggalan menikmati karya dinanti-nanti seperti:

  • ‘Andai Itu Takdirnya 2’- kesinambungan epik karya Siti Rosmizah
  • ‘Sujud Terakhir Encik Norman’ – naskhah berat penuh konflik akidah
  • ‘Keluarga Iskandar 3’ – comeback selepas 11 tahun!
  • ‘Mencari Isteri Sempurna’ dan komedi keluarga ‘Misi Solat 5 Waktu’

Program hiburan turut memeriahkan malam Ramadan dengan ‘MeleTOP Moreh’, ‘Dapur Bapak Bapak’ yang menemukan Chef Wan, Tok Ram & Tok Jalal, serta realiti komedi ‘Misi Lawak Superstar’. Kanak-kanak pula ditemani animasi kegemaran Upin & Ipin Musim 19 setiap hari.

Digital, Radio & Astro First Pun Padu!

Di platform digital, penonton boleh mengikuti ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dan ‘Sayang Ajar Masak S3’ yang penuh kejutan. Astro Radio pula tampil dengan segmen kreatif seperti ‘ERA: Tumpang Belajar’, ‘SINAR: John Sinar’ dan inisiatif kebajikan ‘ZAYAN: Rasa Kasih Zayan’.

Astro First menghidangkan tiga filem hebat, ‘Akad Yang Hilang’, ‘Abah Saya, Uncle Mike’ dan ‘Amira Amir’ yang hanya RM15 untuk tontonan 48 jam, menjadikan pawagam di rumah lebih bermakna.

Melalui inisiatif ESG, Astro Kasih menyalurkan bantuan kepada komuniti Masjid Seberang Takir serta membuka ruang sumbangan menerusi Program Kasih Ramadan untuk golongan asnaf.

Ramadan 2026 jelas menjanjikan pengalaman menyeluruh untuk berhibur, berilmu dan beramal dalam satu ekosistem. Untuk info lanjut, layari astroramadan.com.my  atau ikuti media sosial Astro Malaysia.

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us