Penyanyi, Asad Motawh baru sahaja menamatkan siri jelajahnya di negeri Sabah pada hujung minggu lalu.
Menerusi update dilaman Instagram beliau sendiri, satu video telah dimuatnaik menunjukkan peminatnya kelihatan teruja apabila penyanyi itu berada dihadapan mereka.
"I nearly died... no need to worry, im totally fine! A few bruises wont kill me. Thank you SABAH!" tulis As'ad sebagai caption video tersebut.
Namun begitu, menjengah keruangan komen, ada yang mengatakan Asad sengaja menjatuhkan dirinya pada sekelompok peminat itu.
Ibu kepada penyanyi itu juga meninggalkan komen dengan mengingatkan anaknya supaya berhati-hati dan mengutamakan keselamatan terlebih dahulu.
"OMG... Someone was holding your hand so tight, and you couldn't let it free, am I right?
"I can see it by the way you bend yourself forward. It was a wrong move however... kan jatuh juga," tulis ibu Asad, Dato’ Yustita.
Terdahulu, penyanyi itu juga didakwa dipeluk peminat ketika mengadakan konsert di The Curve Mutiara Damansara.
Baca: Asad Motawh Terkejut Di Peluk Peminat Wanita Secara Tiba-Tiba Atas Pentas
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.