Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Ariel Fesol Juara Big Stage Alpha, Tujuh Finalis Kini Bergabung Sebagai Kumpulan Alpha

ROSTAM, Mohamad Firdaus
16 Jun 2025, 10:40 AM

ariel fesol juara big stage alpha, tujuh finalis kini bergabung sebagai kumpulan alpha

Foto: Instagram

Program realiti nyanyian Big Stage Alpha menutup tirainya malam Ahad, 16 Jun 2025, dengan menyaksikan Ariel Fesol dinobatkan sebagai juara sulung pertandingan tersebut. Konsert akhir yang berlangsung di Royale Theatre, Shah Alam itu penuh dengan kejutan serta persembahan memukau daripada semua finalis.

Ariel, atau nama penuhnya Muhammad Fhazrill Fesol, 27 tahun, berjaya menarik perhatian juri dan penonton menerusi persembahan bertenaga dan konsisten sepanjang lapan minggu pertandingan. Dengan kemenangan tersebut, Ariel membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta trofi kemenangan.

Tempat kedua disandang oleh Ray‑D yang turut memberikan saingan hebat sepanjang musim. Beliau menerima hadiah wang tunai RM20,000 dan trofi. Sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh Rizal Rasid, yang menerima RM10,000 berserta trofi.

Di tempat keempat pula ialah Daniel Sher, diikuti oleh Araff (kelima), Izat Ibrahim (keenam), dan Afiq Sky (ketujuh). Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai antara RM3,000 hingga RM5,000, berserta trofi.

Menariknya, Daniel Sher turut meraih Anugerah Ikon Perfume Paradise yang membolehkannya membawa pulang tambahan RM5,000 sebagai pengiktirafan keperibadian dan aura pentasnya.

Konsert akhir turut menyaksikan dua persembahan berkumpulan yang dinilai juri. Kumpulan Alpha Prime yang terdiri daripada Daniel, Rizal, Ariel dan Araff membawakan lagu “Hands Up” (2PM), manakala Alpha Ultra yang dianggotai Izat, Ray‑D dan Afiq Sky mempersembahkan lagu “Run” (BTS). Kedua-dua kumpulan menunjukkan keserasian dan semangat kerjasama yang luar biasa.

Namun, kejutan terbesar malam itu ialah apabila ketujuh-tujuh finalis diumumkan akan disatukan secara rasmi sebagai sebuah kumpulan muzik lelaki baharu yang dinamakan Alpha. Sebagai pelancaran rasmi, mereka mempersembahkan single sulung mereka bertajuk “Mona Lisa”, sekali gus menandakan permulaan baharu dalam kerjaya seni mereka selepas tamat pertandingan.

Lebih istimewa, juri tetap program, penyanyi dan komposer terkenal Hael Husaini, turut mengumumkan bahawa kumpulan Alpha akan dijemput membuat persembahan dalam konsert solonya yang bakal berlangsung pada 8 Ogos 2025 di Zepp Kuala Lumpur.

Barisan juri tetap musim ini terdiri daripada Hael sendiri, komposer terkenal Edry Abdul Halim, serta penyanyi soprano dan tenaga pengajar vokal, Datuk Syafinaz Selamat. Konsert akhir turut menampilkan penyanyi Marsha Milan sebagai juri jemputan.

Program Big Stage Alpha dihoskan oleh gandingan hos penuh jenaka dan karisma, Elly Mazlein dan Rina Nose, manakala persembahan pembukaan konsert akhir diserikan oleh penyanyi berbakat, Aisha Retno.

Dengan penyatuan ketujuh finalis ini ke dalam satu kumpulan dan pelancaran single pertama mereka, Alpha dijangka menjadi fenomena baharu dalam industri muzik tempatan, seterusnya menyemarakkan semangat baharu dalam kalangan peminat muzik pop dan K-pop Malaysia.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us